AMPANG 25 Sept. – Sebanyak 200 penduduk di Taman Ukay Bistari di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mahu meroboh halangan yang dibina bagi menyekat kenderaan berat memasuki kawasan perumahan berkenaan. Pengerusi Persatuan Penduduk, Ghazali Mohamad berkata, tindakan merobohkan penghadang itu akan membenarkan lebih banyak kenderaan masuk dan mengganggu kesesakan lalu lintas di taman berkenaan selain membahayakan kanak-kanak. “Penghadang yang dibina oleh penduduk sejak setahun lalu bertujuan menghalang…










