SAYA adalah antara ribuan warga Malaysia yang membanjiri Putrajaya untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 61. Ini bukan kali pertama saya menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan; sebelum ini pernah juga ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos atas urusan tugas rasmi. Namun kali ini perasaannya berbeza. Keterujaan untuk hadir sendiri sambutan Hari Kemerdekaan bermula sejak bulan Mei lagi dengan terbentuknya kabinet kerajaan yang baharu yang menyaksikan barisan…










