Pendaki gunung ditemukan setelah sesat 3 hari - Utusan Malaysia

Pendaki gunung ditemukan setelah sesat 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Sept. – Seorang lelaki yang sesat semasa menyertai ekspedisi mendaki gunung bersama-sama 35 rakannya di Gunung Gua Rimau dekat Kluang, kelmarin, ditemukan selamat petang ini.

Lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 2.45 petang tidak berapa jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Mangsa, Muhamad Nizam Ahmad Ansar, keluar mendaki pada pukul 9 pagi, Sabtu bersama-sama 35 rakan sekerjanya yang lain dalam satu aktiviti rekreasi mendaki gunung yang dianjurkan oleh kilang tempat mangsa bekerja.

Dia dipercayai sesat ketika menuruni gunung dan kehilangan mangsa hanya disedari rakan-rakan selepas masing-masing tiba di kaki gunung pada pukul 5 petang.

Menyedari ketiadaan mangsa yang berusia 29 tahun itu, seorang rakannya kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 3.20 petang semalam di Balai Polis Kampung Gajah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN