KUALA TERENGGANU – Seorang pencanting batik sambilan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas kesalahan membuat persediaan untuk melacurkan diri pada minggu lalu. Hakim Syarie Rosdi Harun memutuskan demikian selepas wanita berusia 30 tahun tersebut membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan. Beliau memberitahu hukuman terhadap tertuduh bakal dijatuhkan pada prosiding di mahkamah tinggi sama pada Khamis ini. Wanita terbabit yang merupakan ibu tunggal berdepan dengan hukuman sebatan sehingga enam kali,…










