Penantian 24 tahun hoki wanita berakhir - Utusan Malaysia

Penantian 24 tahun hoki wanita berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Sept. – Penantian Se­langor selama 24 tahun untuk memenangi pingat emas dalam acara hoki wanita terlerai jua apabila mereka berjaya menewaskan Sabah 1-0 dalam aksi final Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Azlan Shah di sini hari ini.

Lebih manis Selangor me­ngulangi kejayaan mereka selepas kali terakhir memenangi pingat emas dalam temasya dwitahunan itu di venue yang sama pada 1994 meskipun mereka terpaksa berdepan masalah kekurangan bakat pemain untuk membentuk skuad.

“Alhamdulillah kemena­ngan yang amat bermakna untuk kami sebab sudah 24 tahun kami tidak memenangi emas dalam hoki wanita Sukma dan lebih manis kami mengulangi kejayaan pada 1994.

“Saya terpaksa berdepan cabaran yang hebat sebelum menghadapi Sukma 2018 di mana kami kekurangan bakat pemain dan saya berharap de­ngan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada Selangor untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

“Pembangunan perlu dipertingkatkan lagi begitu juga dengan kejurulatihan kerana kita ada pemain tetapi mereka tidak mencapai tahap yang diinginkan,” kata jurulatih Sela­ngor, Ikmal Abdul Jabar ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Siti Nur Aliah Amnuruddin menerusi gol padang pada minit ke-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN