PASIR SALAK 3 Sept. – Kerajaan akan mengumumkan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan yang akan dilaksanakan terhadap Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam masa terdekat. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd.Harun berkata, ini bagi memastikan agensi itu kekal berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Menurutnya, beliau sedar tanggungjawab besar yang dipikul kementerian itu setelah kerajaan memutuskan Mara kekal di bawah kementerian tersebut. “Alhamdulillah Mara dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan…










