MATAHARI masih belum habis memancarkan sinar teriknya pagi itu, namun kelihatan kolej-kolej kediaman, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur sudah mula dikerumuni keluarga dan pelajar baharu yang bakal mendaftar. Masing-masing mempamerkan riak wajah teruja dan sabar menanti di ruangan khemah yang disediakan meskipun waktu pendaftaran hanya akan bermula sekitar 9 pagi. Jalan-jalan sekitar menara gading berkenaan turut kelihatan sesak dengan bermacam jenis kenderaan menuju ke ruang parkir yang disediakan. Pengawal keselamatan…