ALOR SETAR 5 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyelar tindakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), R. Summugam yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke mana-mana sekolah Tamil di negeri ini tanpa kebenarannya. Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri itu seolah-olah berlaku salah guna kuasa yang melarang…










