Pemuda hilang semasa mendaki Gunung Singai sendirian - Utusan Malaysia

Pemuda hilang semasa mendaki Gunung Singai sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 18 Sept. – Seorang pemuda dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Singai, Bau di sini semalam.

Jurucakap bomba berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa, Stanley Khoo, 22, pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya,  rakan mangsa membuat laporan memaklumkan pemuda itu hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian sekitar pukul 8.30 pagi.

“Mangsa didapati hilang setelah cubaan menghubunginya tidak berjaya oleh rakan-rakannya, malah empat rakan yang mendaki untuk mencarinya juga tidak berhasil,” katanya ketik dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kali terakhir dilaporkan berkomunikasi apabila dapat dihubungi pada pukul 10.05 pagi dan turut mengemas kini statusnya dalam aplikasi WeChat.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam dihentikan pada pukul 11.50 malam tadi sebelum disambung pagi ini.

Katanya, operasi melibatkan pelbagai agensi itu masih gagal menemukan mangsa sehingga kini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN