Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengesahkan orang muda menolak mentah-mentah apa sahaja yang ditawarkan atau penjelasan yang diberikan oleh UMNO. Dan sehingga hari ini tidak ada petanda jelas bahawa orang muda telah kembali kepada UMNO biarpun dihina oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jauh sekali PH menunaikan janji-janji yang dibuat semasa PRU-14. Justeru, malam ini dan esok adalah hari penting untuk menentukan kebangkitan…










