Pemimpin negara didesak pertahan kedudukan istimewa Islam - Utusan Malaysia

Pemimpin negara didesak pertahan kedudukan istimewa Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 16 Sept.- Pas hari ini mendesak pemimpin negara  agarsentiasa bertegasdengan kedudukan istimewa Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ketika terdapat cubaan untuk mengikis dan melemahkannya.

Sehubungan itu, tindakan serupa perlu diambil ke atas mana-mana pihakyang mengeluarkan kenyataan bersifat anti Islam termasuk memperlekehkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Desakan itu dibuat dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan dikatakan bersikap lunak terhadap anasir liberal, sekular dan menentang Islam selain turut menularnya fahaman syiah dan pelbagai ajaran sesat dan songsang yang disuburkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas nama pembela hak asasi dan agama.

Itu merupakan antara lima usul yang diluluskan tanpa bahas dalam sesi Perbahasan Usulpada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas ke-64 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak, di sini, hari hari ini.

Dalam usul berkaitan Islam: mempertahankan akidah dan kedudukan Islam di dalam negara yang dikemukakan oleh Dewan Ulama dan Dewan Muslimat Pas Pusat itu turut menggesa kerajaan PH agar menyelesaikan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan seumpamanya berasaskan prinsip Islam.

Sambil mengharapkan langkah drastik perlu diambil, kerajaan digesamenyelaras pihak berkuasa agama negeri menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi menghalang gejala sedemikian daripada terus menular di samping menyemak semula enakmen sedia ada bagi penambahbaikan.

Dalam masa yang sama, kerajaan perlu memastikan kementerian yang dipertanggungjawabkan dapat memain peranan lebih efektif agar gejala sedemikian tidak menular di setiap peringkat masyarakat antaranya dalam saf kepimpinan negara dan negeri.

Seterusnya, tindakan pembatalan pendaftaran NGO yang menjalankan aktiviti menyuburkan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah juga perlu diambil.

Turut diterima tanpa bahas ialah usul pendidikan: pengiktirafan untuk sekolah agama yang dicadangkan oleh Pas Kawasan Lenggong yang meminta pucuk pimpinan parti itu menggunakan  segala ruang untuk mendesak kerajaan mengiktiraf sijil daripada Maahad Tahfiz atau sekolah pondok bagi kelayakan masuk ke universiti awam dan sektor kerajaan.

Lain-lain usul yang diluluskan tanpa bahas ialah melibatkan pemerkasaan parti: pasukan Keselamatan Pas untuk Malaysia Timur (dari Pas kawasan Labuan), usul pemerkasaan parti: memantapkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan usul politik: mengukuhkan Gagasan Sejahtera.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN