Pemilik dusun mati dipijak gajah - Utusan Malaysia

Pemilik dusun mati dipijak gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP – Seorang penduduk maut selepas dipijak seekor gajah jantan di sebuah dusun buah-buahan berhampiran pinggir hutan di Kampung Kah Ing, Padang Sanai di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu, Padang Sanai cedera pada kepala dan patah tangan.

Dia yang merupakan pemilik dusun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang di sini.

Mat Juhid yang ditemani abangnya, Husin, 53, pergi ke dusun tersebut kira-kira pukul 3 petang untuk mengambil buahan-buahan dan membersihkan kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN