Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Rashid Din berkata, tiga cabang yang terpaksa ditunda adalah cabang Merbok, Jerai dan Padang Serai. “Terdapat pelbagai sebab kita terpaksa menunda proses pengundian di tiga cabang tersebut antaranya sebab sistem e-undi tergendala, penyokong tidak sabar selain ada kelompok yang mendesak supaya pemilihan di cabang mereka ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Terdahulu, Utusan Online melaporkan proses pengundian di cabang Alor…










