Pemilihan PKR: Empat lelaki ditahan cetus kekecohan - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Empat lelaki ditahan cetus kekecohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an selepas berlaku kekecohan hingga menyebabkan kecederaan semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Merbok dekat Sungai Petani hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, seorang individu cedera pada bahagian kepala dalam kekecohan yang berlaku antara 12 hingga 12.30 tengah hari itu dan telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tadi.

“Kita difahamkan semasa pemilihan ini tadi sistem pengundian dijalankan itu tidak lancar. Sistem pengundian ini tergendala…berjalan terlalu perlahan sehingga menimbulkan keresahan dan berlaku salah faham antara petugas dan ahli yang mengundi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Adzli berkata sehubungan itu polis turut merampas beberapa batang kayu yang digunakan sebagai senjata dalam kekecohan berkenaan malah kayu itu bukan dibawa dari luar namun terdapat di tempat kejadian ketika itu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini