KUALA LUMPUR 23 Sept. – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memenangi pemilihan parti itu di Pulau Pinang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, mengatasi cabaran Rafizi Ramli di negeri kelahiran Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan undian di semua 13 Cabang negeri, Mohamed Azmin berjaya memenangi lapan sementara selebihnya memihak kepada Rafizi. Mengikut kiraan undi secara terkumpul juga, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memperolehi 3,326 undi manakala Rafizi 3,150…










