SUNGAI PETANI 22 Sept. – Suasana pemilihan PKR Cabang Sungai Petani di sini sedikit tegang apabila proses pengundian ditunda ke tarikh lain ekoran masalah teknikal. Malah 20 anggota polis hadir untuk mengawal tempat pemilihan mengundi pemimpin PKR peringkat pusat dan cabang Sungai Petani itu bagi memastikan suasana terkawal. Penangguhan itu sekali gus mengakibatkan 7,000 ahli PKR Cabang Sungai Petani yang hadir terpaksa pulang kehampaan kira-kira pukul 1 petang tadi. Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Robert Ling Kui Ee berkata, bila kegagalan sistem e-undi berfungsi mengakibatkan ramai ahli memprotes dan melahirkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya