Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara capai 10 tahun boleh lanjut kerja - Utusan Malaysia

Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara capai 10 tahun boleh lanjut kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan telah bekerja di Malaysia 10 tahun, kini boleh melanjutkan tempoh bekerja di negara ini dengan maksimum tiga tahun.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, pelanjutan kebenaran bekerja kepada pekerja asing yang memegang PLKS itu yang tempoh penggajian masuk tahun ke-10 itu akan dilaksanakan mulai 1 Oktober ini.

“Kebenaran pelanjutan tempoh hanya terhad kepada maksimum tiga tahun sahaja dan diperbaharui pada setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan pada 29 Ogos 2018 lalu bersetuju memberi kelonggaran bagi melanjutkan tempoh kebenaran bekerja kepada pemegang PLKS dalam sektor formal yang dibenarkan sahaja iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan kuari tidak termasuk sektor yang dibekukan dan syarikat-syarikat penyumberluaran (outsourcing).

“Ini bagi membolehkan majikan mengekalkan pekerja asing mereka yang telah pun mempunyai kemahiran,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN