Pembunuh upahan ditembak - Utusan Malaysia

Pembunuh upahan ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 10 Sept. – Seorang lelaki di­percayai pembunuh upahan yang dikaitkan dengan beberapa kes jenayah di Pantai Timur terbunuh selepas berbalas tembak dengan pa­sukan polis di kawasan perumahan separuh siap di penempatan Felda Neram Satu di sini awal pagi ini.

Syukri Mohamad Abi­ah, 37, yang turut dikenali dengan gelaran Keri Pok Jeng dari Pasir Puteh Kelantan dan mempunyai 12 rekod jenayah menjadi buruan polis sekian lama.

Suspek sekurang-ku­rangnya dipercayai terlibat dengan lima kes pembunuhan, satu kes culik, satu kes pukul dan satu kes tetak.

Antara mangsanya termasuklah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah yang mati ditembak dari jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat pada 9 Oktober 2015.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid dalam sidang akhbar di sini lewat petang ini memberitahu, suspek berjaya dijejaki kira-kira pukul 4.30 pagi ini oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman dan JSJ Terengganu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah separuh siap dalam kawasan perumahan yang agak jauh dari penempatan lain, yang mana suspek dipercayai bersembunyi.

“Pasukan serbuan terde­ngar tembakan dari arah dalam bilik rumah tersebut dan membalas tembakan untuk memperta­hankan diri. Setelah bunyi tem­bakan berhenti pihak polis telah membuat pemeriksaan taktikal dan menemukan suspek yang tidak ber­nyawa,”ujarnya.

Menurut Fazli­syam, pihaknya turut menemukan sepucuk pistol separuh automatik jenama No­rinco yang masih mempunyai sebutir peluru dan sebilah parang.

Ujarnya, mayat sus­pek kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihak polis.

“Ada kemungkinan suspek (bertindak) sebagai pembunuh upahan atau bekerja sendiri namun perkara itu masih belum dapat disahkan lagi,” ujarnya.

Tambah Fazlisyam, suspek yang sering menukar identitinya juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan penjenayah atau sindiket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN