HULU LANGAT 23 Sept. – Aktiviti pembalakan untuk membina infrastruktur awam di Hutan Lipur Hulu Perdik di sini perlu dilaksanakan secara terkawal bagi mengurangkan impak alam sekitar dan pencemaran sungai. Justeru, penduduk menggesa pihak berkuasa campur tangan untuk melindungi aliran sungai yang menjadi satu-satunya sumber air penduduk ekoran ketiadaan saliran air paip daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Utusan Malaysia difahamkan, projek pembinaan melibatkan jajaran pembalakan (pembinaan infrastruktur) sejauh 19.6 kilometer sejak Jun tahun lalu itu menyebabkan air sungai menjadi kuruh, berlumpur dan dipenuhi sisa pembalakan. Selain penerokaan kawasan hutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya