Pemandu miliki, guna lambang, gelaran ‘Datuk Seri’ palsu dihukum penjara 18 bulan - Utusan Malaysia

Pemandu miliki, guna lambang, gelaran ‘Datuk Seri’ palsu dihukum penjara 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Padah memiliki dan menggunakan pelbagai lambang, logo, cop serta gelaran ‘Datuk Seri’ palsu, seorang pemandu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Shahirul Syafiq Shaharin, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dan menggunakan pelbagai lambang, logo, cop dan gelaran yang tidak diiktiraf untuk kegunaan sendiri di sebuah rumah di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada pukul 11.45 pagi 30 Mac lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1993 yang boleh dihukum denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iran Julieza Maaras manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. 

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadapnya memandangkan dia sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah selain telah insaf atas perbuatan tersebut. 

Siti Hafiza kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini