GERIK 20 Sept. – Seorang pemandu lori ayam maut setelah kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 110.8, Jalan Gerik-Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu di sini hari ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, mangsa, Yeong Swee Yin, 58, maut di tempat kejadian dalam nahas berhampiran Kampung Plang pada pukul 4.50 pagi. Katanya, ketika kejadian, mangsa yang memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu.…










