Pemandu maut kemalangan, 200 gram dadah ditemukan - Utusan Malaysia

Pemandu maut kemalangan, 200 gram dadah ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 24 Sept. – Polis menemukan dadah seberat 200 gram dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas akibat kemalangan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru-Melaka, berdekatan Kampung Kalong Getah di Senggarang hari ini.

KERETA Toyota Camry dipandu mangsa terbalik dan remuk dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Melaka, Senggarang, Batu Pahat, semalam.

Dalam nahas pada pukul 3.45 pagi itu, dadah terbabit disyaki jenis heroin ditemukan di bahagian laci kende­raan tersebut yang turut terbalik serta remuk.

Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu, Ng Ah Siong, 43, pula maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu seorang diri dari arah Bandar Batu Pahat menghala ke Rengit disyaki hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian.

“Kenderaan mangsa terbabas di kiri jalan sebelum me­langgar sebatang pokok yang berada di bahu jalan terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut kenderaan itu telah menemukan dua peket dadah disyaki jenis heroin. Siasatan lanjut berkaitan kes dadah akan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Azhan, kes kemalangan terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN