Pelantikan ketua kampung di Perak selesai hujung tahun - Utusan Malaysia

Pelantikan ketua kampung di Perak selesai hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 3 Sept. – Pelantikan ketua-ketua kampung yang masih belum selesai sepenuhnya di negeri ini akan dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri tidak mahu bertindak tergesa-gesa, sebaliknya mahu memastikan setiap lantikan yang dibuat itu adalah terbaik dan paling tepat untuk rakyat.

“Pakatan Harapan (PH) adalah parti baharu, sewaktu hendak memasuki pilihan raya, kerajaan terdahulu tidak mahu meluluskan PH sehingga kami bertanding menggunakan satu logo PKR, anda harus ingat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha untuk melemahkan hubungan empat parti (dalam Pakatan Harapan) dilakukan oleh pentadbiran terdahulu dengan sistematik sekali, jadi kami ada masalah di kampung, perlu diwakili oleh parti mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan hak milik tanah kepada 140 peneroka Felda Nenering 1, Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said; Pengarah Pengurusan Tanah Felda, Erwan Aman dan Pengarah Tanah dan Galian Perak, Rumaizi Baharin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini