KUALA LUMPUR 4 Sept. – Sebuah hotel berpengalaman yang menyediakan penginapan kepada lebih sejuta tetamu, Ibis Hotel baru-baru ini mengumumkan pemenang pertama cabutan kempen ‘Grand Lucky Dip’.
Menurut kenyataan Hotel Ibis, hadiah wang tunai RM10,000 itu dimenangi oleh Poon Lee Wah melalui cabutan yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelima penginapan.
“Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2018 dengan menawarkan 35 hadiah wang tunai dalam tiga kategori iaitu lima pemenang bagi cabutan RM10,000 dan RM5,000 dan 25 lagi hadiah bernilai RM1,000.
“Pihak kami juga menawarkan baucer menarik, penginapan dan barangan istimewa. Ahli Le Club, Accor Plus serta pemegang kad Citibank dapat menikmati peluang berganda untuk menang,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Bagi yang menggemari pengalaman penginapan baharu dalam reka bentuk serba unik, tempahan Hotel Ibis boleh dibuat di laman web www.accorhotels.com/8552 – UTUSAN ONLINE











