PHUKET, Thailand – Senario pelancong Barat mengemis di tempat tumpuan awam di Thailand semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Seorang pengembara beg galas yang menggelarkan dirinya sebagai Alex dirakam duduk di sebelah kotak derma di Pasar Samkong di Pulau Phuket yang tertulis: “Saya kehabisan wang simpanan… mohon derma untuk perjalanan.” Menurut laman web Coconuts, beberapa laporan mengenai pengembara Barat mengemis pernah berlaku satu ketika dahulu, namun penduduk Thailand bermurah…