Pelakon Zaibo terima sumbangan daripada YKAT - Utusan Malaysia

Pelakon Zaibo terima sumbangan daripada YKAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Zaibo yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh hari ini menerima kunjungan Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT).

Zaibo disahkan mengidap kanser esofagus tahap empat dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 3 September lalu.

“Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada Zaibo untuk terus melawan penyakit yang sedang dihidapinya,” jelas Presiden YKAT, Datuk DJ Dave.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yayasan berkenaan yang sebelum ini telah banyak memainkan peranan dalam membantu artis dalam kesusahan dan sakit, turut menyampaikan sumbangan kepada pelawak yang terkenal melalui sitcom Spanar Jaya dan Pak Selamat itu.

“Semoga dengan sedikit bantuan yang dibuat oleh YKAT dapat membantu beliau dan keluarga,” jelas  DJ Dave lagi.

Turut hadir menziarah dalam sesi kunjungan ini adalah dua Ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A. Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini