KOTA BHARU – Seorang pelajar tahfiz yang lumpuh hanya mampu mengalirkan air mata selepas menang kes saman sebanyak RM4.3 juta ke atas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai semalam.
Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan maahad tersebut membayar ganti rugi am dan khas sebanyak RM4.3 juta kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 18, yang kini mengalami kecacatan kekal seumur hidup selepas terlibat dalam nahas ngeri Jun tahun lalu.
Kemalangan melibatkan sebuah van itu turut mengorbankan tujuh daripada 12 pelajar tahfiz tersebut.
Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporation Sdn. Bhd. dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara sepenuhnya dengan membayar kos tersebut.











