KAMPAR – Seorang pelajar maut selepas motosikal dinaiki melanggar seekor kerbau di Kilometer 16, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Naqib Zubair Zamrullizam, 15, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng. Kong Soon berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.34 pagi. …










