Pelajar maut kereta langgar pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Pelajar maut kereta langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 24 Sept. – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut manakala rakannya patah tangan kiri selepas kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 13.6, Jalan Kuala Sepetang-Taiping berhampiran Larut Tin di sini semalam.

Nahas pada pukul 11.00 malam itu mengorbankan pemandu kereta jenis Nissan Fairlady, Muhammad Qhairuldin Shah Yaakop, 17, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan itu turut mengakibatkan seorang lagi remaja, Ahmad Aliff Nurzikry Ahmad Hazlie, 16, patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua remaja itu dalam perjalanan dari arah Taiping ke Simpang.

Katanya, kenderaan yang dipandu mangsa bagaimanapun hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN