BESUT 7 Sept. – Seorang pelajar maut ditimpa tiang gol ketika bermain bola sepak di padang Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Ahmad Muazz Naimullah Mohd. Azhar, 14, dari Kampung Sura Hujung, Dungun meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Besut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Zamri Mohd.…










