NIBONG TEBAL 23 Sept. – Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim, Kedah membuktikan keunggulan mereka apabila muncul sebagai johan bagi pertandingan Cabaran Inovasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat Zon Utara di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam. Kejayaan itu melayakkan mereka bertanding dalam pusingan akhir pertandingan bersama 24 pasukan lain dari enam zon berbeza yang bakal diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor pada…










