Pejalan kaki maut dilanggar motosikal - Utusan Malaysia

Pejalan kaki maut dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Sept. – Seorang pejalan kaki maut setelah dilanggar sebuah motosikal di Tambun di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.14 pagi.

Katanya, semasa sampai di lokasi kemalangan, didapati pejalan kaki berusia 50 tahun itu telah meninggal dunia manakala penunggang motosikal pula parah.

“Operasi mengeluarkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu bersama motosikalnya yang berada di dalam longkang segera dijalankan.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) sebelum dihantar ke hospital manakala mayat pejalan kaki diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN