KUALA TERENGGANU 24 Sept. – Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd. Shareezad Abdul Satad, 37, akan mewakili negeri dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2018 peringkat kebangsaan setelah muncul sebagai juara peringkat negeri di sini kelmarin. Dengan menyampaikan puisi berjudul Generasi Kini karya Zurhan Bakar yang terkandung dalam antologi Lantera Zaman terbitan Gabungan Penulis Nasional (Gapena), beliau mengatasi 9 peserta lain untuk mempertahankan kejuaraan. Bagaimanapun corak penyampaian beliau perlu terus…










