Pegawai khas timbalan menteri viral didakwa 'skodeng' skirt wanita - Utusan Malaysia

Pegawai khas timbalan menteri viral didakwa ‘skodeng’ skirt wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Seorang pegawai khas kepada timbalan menteri kabinet didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya di sebuah premis di Publika Solaris Duta Mas, semalam.

Mangsa yang berumur 30 tahun dan bekerja sebagai juruoptik mendakwa, lelaki tersebut berbuat demikian ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap timbalan menteri tersebut yang berpangkat Datuk.

“Semasa membuat ujian dan pemeriksaan mata, datang seorang lelaki dari arah belakang dalam keadaan yang mencurigakan. Saya merasa tidak selesa dengan tindakan lelaki tersebut.

“Apabila saya pusing menghadap skrin di sebelah, saya perasan lelaki tersebut memegang satu telefon bimbit dan sedang merakam. Selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saya mendapati lelaki tersebut telah merakam bawah skirt saya,” dakwanya dalam laporan polis tersebut yang dibuat di Balai Polis Damansara di sini semalam.

Rakaman CCTV perbuatan lelaki itu kini viral di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN