KUANTAN – Hanya bermodalkan sebuah puisi, seorang lelaki yang kononnya bergelar ‘Datuk’ berjaya memperdaya seorang pegawai kanan wanita sebuah syarikat swasta sehingga mangsa kerugian RM240,005. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa, 49, sebelum itu berkenalan dengan suspek pada akhir November lepas melalui laman Facebook Rentak Kasih selepas tertarik dengan karangan puisi dimuat naik suspek menerusi laman itu. “Pada 7 Disember lepas, mangsa menerima panggilan daripada…










