KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,480 pada Jun lalu. Perintah reman sehingga Selasa depan dikeluarkan oleh Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pegawai berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Terdahulu suspek yang memakai baju-T berwarna biru gelap tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pada pukul 10 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya