KUALA LUMPUR 13 Sept. – Perbincangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memecahkan monopoli Telekom Malaysia Bhd. (TM) dalam sektor fiber di negara ini mungkin hanya akan mencapai matlamat jangka pendek. Penasihat Kanan ASEAN Advisory Pte. Ltd., Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, tindakan mengubah struktur sesebuah syarikat atau ‘dislocating’ dilihat tidak memberi dividen dalam jangka panjang. Beliau yang juga bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia…










