PDRM umum pertukaran 10 pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran 10 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 10 pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 15 Oktober depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran membabitkan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bertukar kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

“Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md Isa pula ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman.

“Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Asmawati, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dinaikkan pangkat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Komisioner.

“Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias pula ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

“Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Shahrul Othman Mansor ditukarkan kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ditukarkan kepada Ketua Polis Perlis.

“Ketua Penolong Pengarah, Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Norizan Murad dinaikkan pangkat kepada Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Jabatan Pengurusan Perlis Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar ditukarkan kepada Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan, manakala, Deputi Superintendan (DSP) (D6C) Unit Fotografi, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Deputi Superintendan Aidi Sham Mohamed ditukarkan kepada Ketua Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN