KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada sebarang pemantauan dilakukan terhadap akaun media sosial milik keluarga Diraja Johor seperti yang didakwa oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, merujuk kepada kenyataan Tunku Ismail di laman sosial Facebook rasminya yang bertajuk ‘My father and I are being monitored’, tiada sebarang pemantauan dijalankan oleh pihaknya. “Saya memberi jaminan…










