ARAU 25 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengesyorkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih proaktif menyampaikan maklumat kepada umum tentang bentuk-bentuk jenayah terkini. Titah baginda, seiring dengan perkembangan semasa, jenayah juga turut berubah dan semakin mencabar. “Justeru, PDRM hendaklah memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang bentuk-bentuk jenayah masa kini itu dan panduan pencegahannya,” titah baginda. Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima kunjungan menghadap perpisahan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, dekat sini semalam. Berangkat sama Raja Puan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya