Pasangan suami isteri maut - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 5 Sept. – Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk melawat anak perempuan mereka di Chukai maut dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Mak Lagam – Cheneh, berhampiran dengan Bandar Cheneh Baru, di sini pagi tadi.

Sohaini @ Mustajib Mohd, 47, yang difahamkan seorang peneroka dan isterinya Siti Minah Ali, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan setelah motosikal yang mereka tunggang bertembung dengan sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu di satu laluan berselekoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Felda Cerul 1 untuk melawat anak perempuan mereka yang sudah berkeluarga dan menetap di Kampung Paya Berenjut, Chukai, kira-kira 40 kilometer dari kediaman mereka.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan.

“Sepasukan anggota perubatan dari klinik kesihatan terdekat yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, ” katanya.

Menurut Mohd. Haki, pemandu kereta yang berumur 44 tahun dan anak perempuannya yang berusia 4 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini