Pasangan bukan muhrim tidak boleh makan bersama di daerah Bireuen - Utusan Malaysia

Pasangan bukan muhrim tidak boleh makan bersama di daerah Bireuen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH 5 Sept. – Satu daerah dalam wilayah Aceh melarang pasangan lelaki dan wanita bukan mahram daripada makan bersama secara berdua-duaan sebagai langkah untuk membantu golongan wanita bersikap lebih sopan.

Di bawah undang-undang terbaharu tersebut, golongan wanita di daerah Bireuen di pulau Sumatera tidak boleh berkongsi meja makan di mana-mana restauran atau kedai kopi dengan orang lelaki yang bukan mahram ataupun mempunyai kaitan dengan mereka.

Pekerja lelaki juga tidak dibenarkan makan tengah hari bersama rakan sekerja wanita mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, undang-undang itu juga menyaksikan mana-mana wanita yang hadir secara berseorangan ke restauran selepas pukul 9 malam tidak akan dihidangkan makanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini