Pas zahir penghargaan kepada kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Pas zahir penghargaan kepada kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Pas menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan  pimpinan Pakatan Harapan (PH) atas keputusan mengembalikan semula royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kesediaan kerajaan berbuat demikian.

“Diucapkan terima kasih dan (keputusan ini)  sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisme yang dilemahkan dahulu,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Muktamar Tahunan Pas ke-64 di sini hari ini.

Turut hadir buat julung kali memenuhi undangan pada muktamar itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Abdul Hadi berharap banyak lagi ruang diberi kepada kerajaan negeri terbabit khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang, tanpa mengira perbezaan politik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN