KUALA NERUS – Pas menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) atas keputusan mengembalikan semula royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kesediaan kerajaan berbuat demikian. “Diucapkan terima kasih dan (keputusan ini) sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisme yang dilemahkan dahulu,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Muktamar Tahunan Pas…










