Pas tidak gentar - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Pas tidak gentar – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 28 Sept. – Pas tidak gentar dengan apa jua ramalan Pakatan Harapan (PH) yang memperkecilkan ketokohan calonnya sebagai tidak ‘sepadan’ untuk mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2015 - Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejarah telah membuktikan yang Pas pernah menewaskan Perdana Menteri ketujuh negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kerusi Parlimen Kota Star Selatan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1969, ketika pemimpin itu merupakan Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Katanya, walaupun kemenangan di Parlimen Port Dickson tidak mudah tetapi impian itu bukan bukan sesuatu yang mustahil berdasarkan peningkatan gelombang dalam PRK Sungai Kandis dan Seri Setia lalu yang dijangka berulang di kerusi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang akan menentukan adalah rakyat. Kita kena sedar satu undi, satu suara yang akan menentukan, walaupun lebih satu undi pun boleh menang.

Beliau menegaskan demikian kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Pas mempertaruhkan Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, 57,  untuk bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Mohd. Nazari yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkhidmat selama 28 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan TUDM serta Pegawai Pemerintah Markas Operasi TUDM, Kuala Lumpur.

Abdul Hadi menarik perhatian, pengalaman Mohd. Nazari sebagai bekas pegawai kanan tentera dan kemudian bertanding di kawasan kem tentera di Port Dickson mampu memberi kelebihan buat Pas sekali gus tidak menjadikan rekod calon itu yang sebelum ini pernah tewas dalam beberapa siri PRU di Johor sebagai ukuran.

Katanya, situasi semasa kerajaan PH yang dilihat tidak sekata termasuk pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan semalam sedikit sebanyak memudahkan laluan Pas di Port Dickson yang bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong dan calon dari Parti Rakyat Malaysia (PRM).

“Kita harap undi kita tidak pecah sebaliknya yang pecah adalah undi orang lain. Dan kita juga harap undi Barisan Nasional (BN) dulu juga akan banyak berpihak kepada kita.

“Kita mampu ulangi gelombang dalam dua PRK lalu walaupun tidak mudah tetapi gelombang itu ada. Sekurang-kurangnya kita dapat meningkatkan jumlah undi, kalau tidak menang,” katanya.

Pas membuat ketetapan bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson setelah UMNO dan BN yang awalnya dijangka membawa cabaran pembangkang memutuskan untuk memboikot PRK itu kerana kekosongan kerusi tersebut tidak menghormati lunas demokrasi dan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Anwar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini