KUALA NERUS – Pas menafikan tuduhan pakaian seragam Jabatan Amal parti tersebut menyerupai seragam tentera sebaliknya menyatakan ia adalah uniform rasmi yang sah dari segi undang-undang. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, uniform yang julung-julung kali dipakai dalam perbarisan kawalan kehormat sempena perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-64 yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak itu merupakan sebahagian daripada tujuh pakaian seragam pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan…










