KUALA LUMPUR 20 Sept. – Pas didakwa mula memecahbelahkan orang Melayu sejak tahun 1955 lagi apabila melabelkan kerjasama di dalam Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MIC dan MCA sebagai kafir. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mendakwa kerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka ahli UMNO yang menjalinkan usahasama dengan bangsa Cina dan India dalam Parti Perikatan adalah tidak Islam serta kafir. Keadaan itu, jelasnya, mengakibatkan orang Melayu bukan ahli Pas yang beragama Islam tiba-tiba dikafirkan sehingga perpecahan teruk dan mendalam berlaku. “Inilah perbuatan Pas yang tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya