KUALA NERUS 16 Sept. – Pas dicadang menerajui usaha menyatukan survival politik Islam-Melayu di negara ini bagi mengukuhkannya kembali serta mengekang anasir tidak sihat yang menjejaskan keharmonian politik serta masa depan agama, rakyat dan negara. Cadangan Dewan Pemuda Pas itu adalah antara enam usul yang diluluskan tanpa bahas pada Muktamar Tahunan Pas Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri hari ini. Dewan tersebut menyifatkan usul kesatuan survival politik itu…









