Panorama indah seni rekaan labu - Utusan Malaysia

Panorama indah seni rekaan labu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jerman bukanlah sebuah negara yang terkenal dengan pesta Halloween, namun labu merupakan buah yang cukup rapat dengan masyarakatnya terutamanya dalam aspek masakan.

Seiring dengan popularitinya di negara itu, baru-baru ini satu festival labu telah berlangsung di Ludwigsburg, Jerman yang memaparkan taman yang dipenuhi pelbagai rekaan labu.

Sebanyak 450,000 labu dipersembahkan dalam festival itu yang dibentuk menjadi pelbagai rekaan haiwan seperti tupai, arnab, musang, burung dan serangga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak 800 jenis labu beraneka warna seperti oren, putih, kuning, hijau dan campuran pelbagai warna dipamerkan kepada pengunjung yang hadir dari seluruh Jerman dan negara-negara berhampiran.

Labu-labu yang dipamerkan pelbagai jenis daripada yang boleh dimakan sehingga sekadar dijadikan hiasan, berkulit licin hingga menggerutu serta bersaiz kecil hingga besar.

Terdapat juga labu-labu yang disusun di atas laman sehingga mewujudkan panorama yang indah untuk disaksikan pengunjung.

Labu yang disebut sebagai kurbis ialah buah yang sangat digemari masyarakat Jerman dan dinikmati dalam kuantiti yang banyak sewaktu musim bunga dan panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini