TEBING BARAT 27 Sept. – Palestin menolak komen dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menyokong penyelesaian penubuhan dua negara bagi Palestin dan Israel dengan menyifatkan dasar diamalkan Washington ketika ini memusnahkan sebarang harapan damai. Ini berikutan kenyataan Trump menyokong langkah penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israek sejak sekian lama semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam. Al-Jazeera melaporkan, ia merupakan kali pertama Trump menyokong cadangan penubuhan…










